PENYERAHAN MEMORANDUM DESAKAN AGAR ARAHAN PERTUKARAN 3 ORANG GURU DI DAERAH JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR DIBATALKAN DAN DITARIK BALIK SERTA MERTA DALAM TEMPOH 24 JAM.

Posted on
  • Monday, April 7, 2014
  • by
  • Cikgu Mala
  • in
  • KENYATAAN MEDIA:

    12 Mac 2014 ,Rabu: Suatu memorandum telah dihantar kePejabat Pendidikan Negeri Pahang ,Bandar Indera Mahkota ,Kuantan Pahang atas pertukaran 3 orang guru termasuk Cikgu Mohd.Norizzat Bin Mohd. Johari ,Pengerusi SGMM oleh Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(NGO PENDIDIK),semalam. 

    Pertukaran Cikgu Mohd. Nor Izzat dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan bukannya arahan 'perpindahan atas keperluan perkhidmatan'.

    " Saya ingin menegaskan bahawa arahan pertukaran secara zalim ini bertentangan dengan matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia terhadap warga pendidik dalam mengangkat martabat profesionalisme perguruan dalam persada pendidikan negara" 

    Memorandum telah diterima oleh Pn. Hjh. Rashidah Bt. Mohd. Arif ( Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang ).Walaupun pada awalnya En. Rosdi Bin Ismail ( Pengarah Pendidikan Negeri Pahang) telah bersetuju menerima memorandum ini dalam satu temujanji yang dibuat sehari awal sebelum kunjungan dibuat ,tetapi akhirnya terpaksa bergegas ke suatu mensyuarat lain 15 minit sebelum masa yabg dijanjikan. 

    Turut bersama dalam penyerahan memorandum tersebut adalah En. Mohd. zai Bin Mustafa, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia(MAKPEN) 

    Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan,Pn. Normala Sudirman melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan KPM menukarkan guru secara zalim sejak sekian lama.Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan' penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka dengan cara zalim seperti ini.

    Terkini ,tindakan menukarkan Cikgu Norizzat ,Pengerusi SGMM adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan menganiaya warga pendidik secara tidak profesional. NGO Pendidik optimis ,tindakan yang tidak bertamadun ini akan menyebabkan semakin ramai warga pendidik benci kepada kezaliman yang telah dikenakan dan akan bangkit membuat perubahan ke arah mengangkat maruah profesionalisme pendidikan serta halatuju pendidikan yang lebih terarah.

    Beliau juga menggesa jika benar pertukaran tersebut bukan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia,maka batalkan surat pertukaran tersebut dan tarik semula arahan berpindah sekolah dalam tempoh 24 jam. Tindakan seperti ini dianggap sebagai 'menunjuk kuasa ' dan 'pentadbiran diktator' dalam sejarah pendidikan di Malaysia. KPPM jangan bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan Jabatan Pendidikan Negeri sewenang- wenangnya menzalimi warga pendidik.Ini penting untuk menjaga kredibiliti KPM seterusnya mengangkat martabat dan profesionalisme perguruan di Malaysia.

    Isu pertukaran guru yang tidak mengikut prosedur adalah 'pembongkaran isu lama' dan 'hukuman mandatori' jika ada kalangan guru yang cuba bersuara dengan jujur untuk membetulkan kepincangan sistem pendidikan yang ada atau dianggap menyokong Pakatan Rakyat.

    'Penjara organisasi ' yang menghalang guru bersuara ini akan merugikan masa depan pendidikan negara .Selama ini ,jika ada guru yang dianggap menyokong Pakatan Rakyat juga ditukar secara zalimkerana dianggap 'melawan arus' walaupun berdedikasi dalam tugas.
    Inilah dilemma warga pendidik selama ini yang dipaksa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa atas kalimat ' Yang Menurut Perintah' .

    Yang lebih teruk lagi ,ada guru yang dipecat,ditahan gaji dan ditukarkan jauh dari pasangan keluarga dan anak- anak atas dakwaan yang tidak berasas dan pelanggaran prosedur yang zalim dan tidak bertamadun .
    "Kami ingin memberi amaran bahawa jika perkara ini tidak diperbetulkan ,tunggulah saat dimana warga pendidik dan rakyat Malaysia bangkit berarak turun ke jalanraya untuk menzahirkan protessecara besar- besaran. Ingatlah ,doa insan yang dizalimi tiada hijab di sisi ALLAH SWT .

    Tangan yang menurunkan tandatangan surat pertukaran, surat pemecatan dan tahan gaji sebenarnya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH SWT di akhirat nanti. Bukankah gaji yang diterima adalah untuk memberkatakan rezeki kita bagi menyara keluarga dan anak - anak ? Apakah dengan cara zalim seperti ini keberkatan akan diperolehi "

    Kami juga mendesak agar disiasat siapa yang mengarah Pengarah Pelajaran Negeri untuk menukarkan seseorang guru. Apakah mereka menerima tekanan orang politik yang bertaraf menteri dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk arahkan mereka bertindak.?. 

    NGO Pendidik menyeru agar warga pendidik bangkit dalam 'menegakkan keadilan 'dengan penuh keberanian untuk 'merobohkan tembok kezaliman' yang membelenggu jiwa pendidik selama ini dan terus berani bersuara demi memartabatkan masa depan anak bangsa dalam persada pendidikan negara. Berani kerana benar !. Jangan biarkan minda dan jiwa warga pendidik dijajah dengan penjajahan alaf baru yang merugikan masa depan negara. 

    "BANGKIT PENDIDIK MEMIMPIN PERUBAHAN"

    Salam hormat daripada :
    Pn. Normala Sudirman ( Cikgu Mala).

    0 comments:

    Post a Comment