MEMORANDUM BANTAHAN KEZALIMAN TERHADAP WARGA PENDIDIK KE SUHAKAM DAN PARLIMEN MLAYSIA .

Posted on
  • Monday, April 7, 2014
  • by
  • Cikgu Mala
  • in
  • KENYATAAN MEDIA :

    Isnin,24 Mac 2014 : (Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan telah menghantar memorandum Bantahan Kezaliman Terhadap Warga Pendidik di lobi Parlimen Malaysia melibatkan kes guru yang ditukar secara zalim, ditahan gaji dan dipecat tanpa prosedur yang sewajarnya hari ini

    .Memorandum telah dihantar kepada Menteri Pendidikan Malaysia melalui YB Al- Fadhil Ustaz Idris Ahmad (Ahli Parlimen Bukit Gantang) diiringi YB Al- Fadhil Ustaz Nasruddin Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh) dan YB Al- Fadhil Ustaz Nik Abduh Nik Mat (Ahli Parlimen Pasir Mas)pada 24 Mac 2014,Isnin yang lalu. 

    Pn. Normala Bt. Sudirman ,Presiden Pendidik sebelum itu berusaha menyampaikan kepada YB P. Kamalanathan ,tetapi beliau menolak dengan mengatakan beri pada Menteri Pendidikan dan Pn. Mary Yap juga telah menolak dengan alasan terpaksa segera keluar sekejap dari Dewan Parlimen.

    Memorandum ini juga mengandungi kes 3 orang guru yang ditukar termasuk Cikgu Mohd. Nor Izzat Bin Mohd. Johari dan 2 orang guru dari sekolah yang sama dipercayai atas kelantangan mereka menyuarakan isu Pentaksiran berasaskan Sekolah(PBS) baru- baru ini.

    Isu guru yang dipecat termasuk Cikgu Rashid Bin Abdullah dari Kedah,Cikgu Omar Bin Bakar dari Perak dan Cikgu Mokhtar Razak Bin Badri dari Johor.Mereka telah dipecat secara zalim tanpa prosedur yang sewajarnya dan jelas menzalimi hak mereka sebagai pendidik yang banyak berjasa,dipercayai atas 'tekanan orang politik' yang telah mencampuradukkan sentimen politik kepartian yang sempit dengan masa depan pendidikan negara. 

    Lampiran surat mengandungi arahan perpindahan dari individu berjawatan dalam UMNO telah membuktikan mereka menganiaya warga pendidik atas 'dendam politik' yang diterima oleh Cikgu Omar dari Perak . Ketiga- tiga guru ini adalah ahli biasa parti tetapi telah dipecat dengan pelanggaran prosedur yang tidak berasas sama sekali.

    Seorang guru yang merupakan pegawai En. Mohd.Azri , Pegawai Pendidikan Daerah Muar telah ditahan gaji dan hak rawatan pakar dinafikan hampir 2 tahun dan kini kes beliau dalam keadaan sakit Asma yang teruk dan mengalami kesan emosi yang cukup menyebabkan beliau tertekan. 

    Memorandum ini juga telah dihantar kepada Pesuruhjaya SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia),jam 4.00 petang pada hari yang sama hari ini . Seramai 3 orang guru yang dipecat ini telah hadir dengan menyerahkan dokumen masing - masing di samping menceritakan kes pemecatan yang menzalimi mereka tanpa alasan yang sewajarnya. Suasana kelihatan sunyi seketika apabila Cikgu Rashid Bin Abdullah sebak dan menitiskan airmata kerana kesedihan beliau ketika menceritakan bagaiman isteri beliau dalam keadaan hendak melahirkan cahaya mata tetapi terpaksa meninggalkan anak- anak di rumah jam 3 pagi dan memandu kereta sendiri menuju hospital dan melahirkan cahayamata di hospital .Ketika itu beliau ditukarkan di Johor sebagai Guru Besar di SK. Larkin 2.

    Selain 3 orang guru yang telah dipecat,Cikgu Mohd. Nor Izzat Bin Mohd. Johari yang telah ditukar secara zalim juga telah dijemput hadir di Pejabat SUHAKAM hari ini.Mereka telah hadir dalam sesi pendengaran awam di Pejabat SUHAKAM ,Tingkat 13, Menara TH Perdana hari ini. Turut hadir ialah 3 orang Naib presiden Persatuan Gerakan kebangkitan Pendidik Kebangsaan iaitu En. Mohd. zai Mustapha . Ustaz Ahmad Hilmi dan En. Maarof Abd Mutalib.

    SUHAKAM berjanji akan mengambil tindakan selanjutnya dan akan berusaha membantu warga pendidik yang dizalimi berdasarkan memorandum yang dibawa oleh NGO Pendidik.

    Dalam pertemuan itu , Pn. Normala menggesa agar diadakan satu persidangan meja bulat bagi berkolaborasi dan berdiskusi tentang hak warga pendidik dalam perkhidmatan dan perlembagaan negara dengan memanggil pelbagai NGO Pendidikan untuk berkongsi pandangan dan luahan atas isu yang membelenggu jiwa pendidik sekian lama ,sejak 57 tahun kita merdeka.

    Salam hormat daripada :
    Pn. Normala Bt. Sudirman 
    Presiden Persatuan Gerakan kebangkitan Pendidik Kebangsaan
    KENYATAAN MEDIA :

    MEMORANDUM BANTAHAN KEZALIMAN TERHADAP WARGA PENDIDIK.

    0 comments:

    Post a Comment