Sebenarnya banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Ia memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan pimpinan Umno tempatan kawasan itu.
Siapakah calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan mereka juga layak.
Kemenangan Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya, maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.
Kemenangan Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.
Di kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.
Kekalahan di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah dengan lebih berani dengan menyusun taktik, strategi yang lebih bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.
PAS dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.
9 comments:
Assalamualaikum Cikgu Mala...
saya kagum dengan semangat cikgu...
Agak kecewa dengan result PR kecil aritu...saya menjangkakan cikgu akan menang...Saya merupakan anak felda diterengganu...memang tak dinafikan golongan berusia kawasan felda sangat tegar menyokong umno...saya pun pelik,walhal da macam2 Umno buat tapi still gak tak nampak...Hati batu betul dieorang...:)
Saya doakan semoga PAS mampu meluaskan pengaruh di Johor pada PRU-13 nanti...Amin...:)
Allahuakbar3!!
xpe kalah di dunia.. menang di akhirat.. :)
tak faham liyana, apa kejadah nya maksud menang di akhirat, masuk neraka ke sebab byk menfitnah, memaki hamun, menuduh se Islam yg tidak mengundi parti ajaran sesat sebagai "jahiliah". Itu kejayaan di akhirat utk ke neraka lah
Memang pegangan Islam nasionalis yang dianut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sangat teruk dan mengelirukan, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sebaliknya Islam yang difahami Mahathir dan rakan-rakannya dalam umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja.
"Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno," kata beliau.
PAS katanya, merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Mahathir yang mendakwa kononya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.
Ustaz Idris mengingatkan bekas PM itu, bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh beliau. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan, ujarnya.
"Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandangan agamanya yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Najib Tun Razak menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kepada Singapura seluas 217 hektar.
"Kenapa beliau tidak berkokok? Mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Najib? Kenapa Mahathir marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh beliau. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada zaman Pak Lah," tegas beliau.
Katanya lagi, dakwaan Mahathir kononnya kewujudan PAS membawa perpecahan kepada orang Melayu juga tertolak kerana Umno ditubuhkan dengan restu penjajah Inggeris. Ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, katanya, sudah ada parti Melayu yang pertama iiatu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.
Malah ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno dan inilah bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri, tegas Ustaz Idris.
"Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46? Bukankah Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?
"Begitu juga lahirnya Parti KeADILan kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apakah Islam nasionalis yang difaham Mahathir menepati dengan kehendak Islam sebenar? Tindakan Presiden MCA Dato' Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin salah astu anutan anutan Islam nasionalis," sindir beliau.
Katanya, mungkin Soi Lek belajar daripada Mahathir yang pernah mengatakan bahawa Nabi Muhamad saw menyimpan janggut, kerana tidak ada pisau cukur pada waktu itu. "Beliau (Soi Lek) juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan pelakon Bollywood. Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?" tanya Ustaz Idris lagi.
Sah! Johor bukan lagi "kubu kuat" Umno-BN: Cina benci dacing! - Muhyiddin Yassin
Keinginan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk membuktikan Umno-BN kuat di Johor gagal. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang dijadikan kayu ukur untuk membuktikan hasratnya itu, dengan mengembalikan majoriti undi lebih 5,000.
Umno-BN menang di Dun Tenang. Mereka upaya mempertahakan kerusi itu dari dirampas oleh PAS. Namun, ia tidak menepati kehendak Muhyiddin.
Calon Umno-BN, Mohd.Azahar Ibrahim mendapat sebanyak 6,699 undi, menewaskan calon PAS, Normala Sudirman yang hanya memperolehi 2,992 undi. Majoriti 3,707 undi ini tidak menjangkau matlamat 5,000 undi yang digariskan Muhyiddin sebelum ini.
Ramai pengundi Dun Tenang disekat hak mengundinya, akibat banjir yang melanda kawasan tersebut. Ini telah menurunkan kadar pengundiannya kepada 71.75 peratus (atau 10,588 orang), berbanding 73.5 peratus dalam PRU ke-12 pada tahun 2008. Tetapi maklumat selepas itu, diperbetulkan SPR jumlah keluar mengundi hanya sebanyak 66.7 peratus sahaja.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membatalkan mahupun memanjangkan tempoh pengundian, lantas menutup pintu pengundian tepat pada jam 5 petang.
Populasi pengundi Dun Tenang mencatat 14,753 orang, dengan nisbah populasi mengikut kaum seperti berikut; 7,014 orang Melayu (47.54 peratus); 5,766 orang Cina (39.08 peratus); dan 1,780 orang India (12.07 peratus); lain-lain 171 orang kaum asli (1.16 peratus); 6 orang Bumiputera Sabah (0.04 peratus); dan 5 orang Bumiputera Sarawak (0.03 peratus).
Pada PRU ke-12, Allahyarham Sulaiman Taha memperolehi 6,367 undi, menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Undi majoriti ini berkurang kira-kira 3,000 undi, jika dibandingkan dengan undi majoriti yang diperolehi Umno-BN pada PRU tahun 2004, iaitu 5,517 undi.
Kadar pengundian di Bandar Labis Tengah yang terdiri daripada 95.7 peratus pengundi Cina, telah menurun dari 69 peratus kepada 51.82 peratus akibat banjir.
Situasi ini dianggap menghakis undi PAS. Bagaimana pun PAS meraih 70 peratus sokongan pengundi Cina. PAS memperolehi 857 undi di Bandar Labis Tengah, berbanding BN dengan 365 undi. PAS berjaya melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya sebanyak 3.21 peratus.
Banyak pihak yakin, jika Labis dan Tenang tidak dilanda hujan lebat dan banjir, keupayaan PAS menang cukup besar.
Muhyiddin Yassin tidak boleh berbangga kononnya BN "menang dua daripada tiga peti undi majoriti Cina". Pernyataan itu sebenarnya gagal menutup realiti bahawa Chua Soi Lek telah mendapat kad merah dalam mengembalikan sokongan pengundi Cina di kubunya sendiri.
Dalam PRU PAS berjaya menewaskan BN di tiga peti undi majoriti Cina, iaitu Labis (421 lawan 411 undi); Labis Timur (740 lawan 669 undi); dan Labis Tengah (1013 lawan 504 undi) pada tahun 2008.
Tetapi keputusan terkini 30 Januari lalu, BN menang tipis di peti undi Labis (majoriti 64 undi) dan Labis Timur (37 undi), tetapi tewas dengan majoriti 486 undi di Labis Tengah.
Perlu diingatkan bahawa nisbah pengundi Cina di Labis dan Labis Timur adalah sekitar 60 peratus, namun Labis Tengah mencatat 95.7 peratus pengundi Cina. Oleh itu banyak pihak mengambil keputusan di UPU Labis Tengah sebagai kayu ukur untuk menyukat sokongan pengundi Cina di Dun Tenang.
Sekalipun BN dinobatkan oleh pengundi Melayu, tetapi sokongan orang Cina sebenarnya masih tegar untuk Pakatan Rakyat. Ini amat menggusarkan BN kerana parti itu sebenarnya gagal memikat undi kaum Cina di Tenang.
Keputusan Dun Tenang memang tidak menenangkan Muhyiddin dan Soi Lek di Johor. Ungkapan "kubu kuat" BN gagal dijulang semula. Tenang telah membuktikan BN sudah goyah di Johor, dan kerusi-kerusi yang terdapat pengundi Cina akan terus tidak selamat untuk PRU-13 akan datang.
Jangan gundah gulana: Anwar sifatkan momentum Tenang sama seperti Ijok
Kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang tidak patut dirisaukan sebaliknya ia perlu dilihat sebagai langkah positif yang mesti diambil bagi mencipta kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam satu ceramah di Tokong Lao Sin See Yeh, Gopeng 31 Januari lalu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru agar penyokong Pakatan Rakyat terus yakin dengan perjuangan serta berusaha dengan lebih giat lagi.
"Ini soal Tenang. Menang, ini sekejap sahaja tak usah pandang. Sayapun ada beritahu (Dato' Seri) Nizar (Jamaluddin), tak payah pandang ini," kata beliau kepada kira-kira 2,000 hadirin.
Beliau berkata, senario PRK Tenang hampir sama dengan PRK Dun Ijok pada tahun 2007, walaupun dengan calon yang berkelayakan tinggi dan berwibawa, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari KeADILan kalah juga dengan perbezaan undi yang besar.
Tetapi dengan usaha gigih para penyokong dan jentera parti, Pakatan Rakyat berjaya menang besar di Ijok dan juga keseluruhan negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu. "Pada 2008 tempat yang sama (Ijok) melonjak besar, negeri Selangor Umno tumbang dengan (Datuk Seri) Khir Toyo pun 'koyo' sekali," kata beliau lagi.
Anwar seterusnya meminta agar para penyokong percaya dan yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat serta yakin dengan Resolusi 100 hari Pakatan 'Buku Jingga' kerana hanya dengan keyakinan, kemenangan besar seperti di Selangor pada pilihan raya lalu dapat diulangi di negeri-negeri lain.
Katanya lagi, rakyat juga perlu mengelak dari mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tajaan Umno-BN seperti akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sentiasa menabur fitnah dan memutar belitkan fakta menggambarkan seolah-olah Pakatan Rakyat musuh rakyat dan tidak boleh dipercayai.
HATI HATI DENGAN LELAKI LELAKI DALAM PAS TERUTAMA YANG ADA BLOG ATAU PEMBACA BLOG.
BAHAYA DIA ORANG NI, HATI HATI MALA YER..
assalamualaikum cikgu mala.
kalau lah ada lagi cikgu cikgu yang hati kering macam cikgu mala nescaya kerajaan tak boleh buat apa apa. cuba lihat kakitangan syarikat petrolium..mereka tak takut dgn ugutan. kalau diambil tindakan ke atas mereka maka tak beroperasilah loji loji petrolium.
terima kasih di atas perjuangan mu dalam memberi apa itu keadilan dan kebebasan untuk rakyat malaysia am nya. teruskan lah perjuangan mu semuga allah s.w.t. memberkati mu.
Memang patut pun kalah..banyak sangat menipu nyer..
Post a Comment