Terima Kasih Pada Semua

Posted on
  • Sunday, January 30, 2011
  • by
  • Cikgu Mala
  • in
  • Labels:
  • Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,  pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi. 

    Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

    Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

    Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Sekian dari kami sekeluarga.

    16 comments:

    Unknown said...

    kenapa cikgu dan pimpinan PAS Labis dan PAS negeri Johor tidak hadir sewaktu pengumuman tadi? Yg hadir cuma YB Maharani sekeluarga dan jentera PAS dari Muar shj. Tidak patut begitu. Itu namanya cikgu sepasukan tidak ikhlas dlm berjuang. jgn jadi pengecut wpun kalah. ISLAM MENGAJAR KITA BERANI KERANA BENAR.

    mantaro said...

    Tahniah Cikgu. Mesej dakwah sudah berjalan.53 TAHUN rakyat sudah tertanam minda UMNO itu segala-galanya.InsyaAllah banyakkan cawangan dan tambahkan ahli PAS punya masa depan pada PRU akan datang>

    puskomiah said...

    Assalamualaikum,
    terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada cikgu atas pencalonan untuk melawan calon Be End walaupun kita menghadapi kekalahan. Semua ini ujian buat cikgu dan juga jemaah Pas keseluruhannya. Kemenangan mereka memang dah dijangka kerana segala jentera kerajaan telah menjadi jentera Ameno secara total.
    PRU ke 13 x lama lagi, jadikan kekalahan ini sebagai pengalaman dan pengajaran kita bagi DUN Tenang. Insya'Allah, kemenangan tetap dipihak kita kalau x di dunia di akhirat dah pasti.
    Kepada Eera - X payahlah menuduh somborono, bahaya begitu.

    Penjaga Malam said...

    Syabas Cikgu. Harap tabah, walaupun Cikgu kehilangan pekerjaan selapas ini. InsyaAllah, Allah akan memberi yg lebih baik.Amin.

    din said...

    cikgu teruskan berjuang jgn kecewa kalah x bererti kita akak kalah selamanya percayalah dgn janji allah sesiapa yg berjuang diatas jlnnya pasti kemenangan akan bersama hambanya yg bertakwa dn ikhlas padanya. mungkin allah akan bg kemenangan kt cikgu bila dia adakan pru 13 nnti. insyallah.bila di akhirat nnti allah tidak bertanya siapa yg menang atau siapa yg kalah allah akan tanya siapa yg berjuang diatas jlnnya itu yg lebih penting dari kemenangan yg sementara di di dunia ini.

    Anonymous said...

    Salam wrbt, teruskan perjuangan ya ukhti, kita yakin kepada janji Allah kepada siapa2 yg berjuang utk mendaulatkan agamaNYA.. Kita mahu tinggi di sisi ALLAH, bukan di sisi manusia yg lemah drpd segala segi.. TAKBIR!

    Anonymous said...

    ,Salam,Syabas juga TAHNIAH,Cikgu MALA,Bukan kalah,menang juga bersama bilangan pengundi seramai 2992,ini kejayaan Cikgu juga.SYUKUR.teruskan perjuangan .dah ada pengikut ...tambah lagi bersama perjuangan.Wasalam.

    Unknown said...

    @puskomiah: saya ada disana. semua kepimpinan tertinggi PAS menyorok. awak nak tahu mereka kat mana? mereka pegi 7 Eleven beli barang2 sambil dengar dari situ. bukan ke pengecut ke namanya???? Datuk Mahfuz Omar, YB Salahuddin, Mazlan Aliman dll semua MENYOROK DI SANA. dan seorg kepimpinan bergelar ustaz telefon mereka ini tp semua jwb "tak nk pegi". ada yg menipu dgn jwb "ada press conference kat tmpt lain". celah mana press conference kat tmpt lain? semua wartawan tumpu di dewan shj.seseorg telah menelefon cikgu mala byk kali tp cikgu mala xjwb panggilan.

    mdyusofjamar@gmail.com said...

    Salam. kalah atau menang adat bertanding. namun cikgu telah menang kerana bertanding. diangkat menajdi YB hanya bonus. teruskan perjuangan.

    Khairul Anuar said...

    Sudahla kau Eera.. Tulis anda tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

    MDS TECH SOLUTIONS said...

    kalah dah tentu.. menang insyaAllah.. bukan kita kalah tapi kemenangan kita ditangguhkan... (ayat penyedap hati).. apapun kita telah mencuba dan perlu terus mencuba. tiada istilah putus asa dalam perjuangan menegakkan syariat Islam.. yang penting kena yakin bahawa perjuangan kita adalah betul dan diredhai.. sekiranya kita kalah ianya adlah atas kelemahan dan kelalaian kita sendiri yang mesti diperbaiki.. InsyaAllah kalau kita teruskan berjuang bukan hanya masa2 pilihanraya sahaja, rakyat akan menerima kita. Kepada Eera, sudah2 lah.. kalau ye pun awak prihatin dengan kecuaian pimpinan PAS, tak perlu nak bising2.. yang kalah tetap kalah yg menang tetap menang..
    tapi harus diingat, calon BN akan menghadapi perbicaraan saman di mahkamah Muar awal bulan ni.. mungkin jg tak lama jadi adun tenang.

    As Syabab Mujahidin said...

    kalah bukan bererti tewas buat selama2nya sebagaimana perjuangan tidak akan berakhir pada hari ini sebagaimana ia tidak bermula disini.semoga cikgu Mala terus gigih mnyampaikan mesej dakwah kepad penduduk Tenang.

    bint hamdi said...

    tahniah cikgu...
    tiada istilah kalah dalam perjuangan...kita semua telah menang...walaupun tidak menang mengundi...tetapi nama cikgu telah memenangi hati kebanyakan warga Malaysia...
    semoga perjuangan kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya...kita berjuang ikhlas keranaNya...untuk mendapat redhaNya...
    mari sama2 berjuang menegakkan ISLAM...salam perjuangan buat cikgu Mala...
    we all love u cikgu

    Btree Jengka said...

    eera,tak payah lah mengarut..dah banyak kali pilihanraya saya hadir..biasalah calon yang menang sahaja akan pergi dengar keputusan..apa masalahnya.Itu bukan kayu ukur ikhlas tak ikhlas.agaknya awak ni ejen Umno kut.

    Kepada Cikgu Mala,tahniah dan teruskan perjuangan.Semoga terus tabah.

    aree said...

    kalah atau menang itu adat dalam pertandingan, berjuang lawan tetap lawan.Dalam perjuangan islam tidak mengenal erti kalah,buat sahabat-sahabat dalam PAS kita teruskan perjuangan.....jumpa kita di merlimau melaka......

    armal said...

    Jangan berasa kecewa dan patah semangat cikgu, biarpun tak menang di Tenang. Teruskan perjuanganmu menegakkan yg haq dan meruntuhkan yg batil. Allah senantiasa bersama hambanya yg ikhlas....Takbir.

    Post a Comment