JAMUAN KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2011

Posted on
  • Thursday, May 19, 2011
  • by
  • Cikgu Mala
  • in
  • Salam ukhuwwah dan salam perjuangan.
    Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi...
    Pada 17 Mei 2011,Pas Kawasan Labis telah menganjurkan Majlis Kesyukuran Sambutan Hari Guru 2011.Majlis berlangsung cukup meriah dan dihadiri oleh Al- Fadhil Ustaz Abdullah Bin Hussin selaku Ketua Dewan Ulamak Negeri Johor merangkap Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor. Majlis dimulakan dengan Solat Isyak berjamaah, Tahlil ringkas,bacaan doa selamat,dan Tazkirah Pengorbanan Guru.Perutusan Hari Guru 2011 juga dibacakan untuk memberi suntikan semangat dan motivasi kepada hadirin yang datang memeriahkan majlis.
    Upacara memotong kek sempena sambutan hari guru juga menyerikan majlis.Tahniah kepada Pas Kawasan Labis. 

    0 comments:

    Post a Comment