Minta Maaf atau Disaman

Posted on
  • Wednesday, January 26, 2011
  • by
  • Cikgu Mala
  • in
  • Labels:
  • Photobucket

    PAS mencabar ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya meminta maaf secara terbuka ekoran pembohongannya terhadap calon PAS ang mewakili Pakatan Rakyat ydalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Cikgu Mala berhubung isu menjual arak.
    Pengarah Operasi PAS PRK Tenang, Dzulkefly Ahmad berkata, PAS melalui peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak Tee Yong pagi tadi.
    Ini, katanya ekoran pembohongan anak Presiden MCA itu yang mendakwa Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan ‘kenapa jual arak’ kepada pemilik sebuah kedai menjual minuman itu di sini, baru-baru ini.
    Bagaimanapun, katanya Tee Yong berdolak dalik apabila diminta supaya menyatakan bila dan di mana Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan itu.
    “Kita cabar dia dedah bukti tapi sampai semalam beliau berdolak dalik kata enggan beri nama kedai, tunggu dulu.
    “Kita perlu ajar dia,” tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada sidang media pagi tadi.
    Justeru, katanya, jika ahli Parlimen Labis itu enggan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, PAS melalui peguamnya akan memfailkan saman.

    3 comments:

    jeebond said...

    PAS 6:31 bodoh.. Ko ingat duit kerajaan tu diut umno ke?? Ko ingat lawan umno tu sama dengan lawan kerajaan ke?? Tu la banyak sangat makan duit haram.. Bodoh macam cipan .. hehehe

    Qishah said...

    hahahahahaha....komen yg teratas sekali...mmg anak haram..cam tadika..

    sumiyyah said...

    first comment tu sungguh melambangkan kemoronan org y mengomen tuh..otak ada guna n fikir ye,jgn ckp pkai nafsu n kebodohan..fikirlah

    Post a Comment