Kenyataan Media : Buletin Suara Pengguna Prihatin.
Selasa,15 April 2014 .
Pada 5 April 2014, seramai 11 sukarelawan termasuk gabungan pelbagai NGO yang cintakan alam sekitar telah menyertai Program Menanam 500 Anak Pokok Bakau di Pantai Telok Kerang ,Persisiran Pantai Pontian.
Program ini bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.Usaha ini juga dilakukan tanda sokongan dan solidariti kepada golongan nelayan yang telah menyumbang kepada keperluan utama masyarakat dari aspek ekonomi.Secara tidak langsung rasa keprihatinan terhadap pembangunan ekonomi yang lestari dapat dijayakan secara bersama.Pokok Bakau telah mengalami kepupusan khususnya di Johor.
Pn. Normala Bt. Sudirman ,Pengerusi Lajnah Pengguna Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Pengerusi Suara Pengguna Prihatin Negeri Johor melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pengalaman menanam 500 Pokok Bakau dengan rakan NGO yang lain.
Program ini anjuran bersama Team Hijau Impian Malaysia dan NGO JARING.Selain dari NGO Suara Pengguna Prihatin Negeri Johor yang diwakilinya ,NGO Sahabat Alam Malaysia,dan hampir 11 NGO lain yang prihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar telah menyertai program ini.Turut bersama juga adalah rombongan pelajar sekolah diiringi oleh guru mereka.
" Program seperti ini dapat memupuk rasa cintakan alam semulajadi di samping mendidik masyarakat Malaysia agar menghargai kelestarian alam .Generasi pewaris kepimpinan masa depan juga akan dapat mempelajari betapa nikmat pembangunan negara yang ingin dikecapi bukan alasan untuk 'mengorbankan' sumber alam yang indah terbentang".Kata Pn. Normala Sudirman yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Mala yang juga diamanahkan selaku Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat yang diketuai oleh Hj. Anuar Tahir.
Antara pimpinan yang turut hadir ialah YB Lim Kit Siang ( Ahli Parlimen Gelang Patah), YB Liew Chin Tong ( Ahli Parlimen Kluang) ,YB Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) , Saudara Mahzir Bin Ibrahim (Koordinator Impian Malaysia,Saudara Jamaluddin Mohamad(Pengerusi NGO Jaring)dan saudara Zaaba IbrahIM (Pimpinan Gabungan NGO Pengerang)dan pimpinan NGO lain menyertai program ini juga turut bersama dalam sidang media.
Dalam suatu kenyataan media dalam program itu YB Lim Kit Siang berkata ,"Saya menyeru anda semua supaya menyimpan 'api-api' kesedaran – sedar tentang nilai alam sekitar dan keadilan – supaya dapat bersemarak menjadi unggun api dan menbawa lebih ramai rakan sahabat untuk bergabung tenaga menjadi ejen Ubah Gerakan Impian Malaysia." .Semoga impian ini menjadi kenyataan.